dulu kita kawan la kan
itu cerita dulu
di mana aku duduk, di situ kau juga ada
di mana aku makan, di situ kau ada
di mana kumpulan aku, di situ juga kumpulan kau
maka, banyak mana markah aku, banyak tu jugak markah kau kot
tapi orang lain tak tahu
sebenarnya kisah itu berlaku di satu tempat itu sahaja
bila kita melangkah keluar setiap hari
kita bukan intiti yang sama lagi
aku pasti membawa haluan aku sendiri, sama juga dengan kau
huh, itulah seharian yang kita lalui
mereka hanya melihat keakraban kita di situ
tapi tak pernah ingin mengetahui kejauhan kita di luar sana
itukah persahabatan namanya?
aku tak kisah mana sangat pun
sebab aku tahu kau juga ada kehidupan kau di luar sana
malah aku senang dengan perjalanan sebegini
kawan oh kawan
betol kata orang di luar sana
kawan jadi lawan
lawan boleh jadi kawan
huh!
kau dengan kisah kau
aku dengan kisah aku tersendiri
tapi bila tiba satu masa kau keluar dari kehidupan kita di situ
aku jadi pelik
bukan aku sahaja malah mereka semua
kenapa perlu jauhkan diri?
kenapa perlu sembunyikan sesuatu?
kehidupan kita di situ terlalu berbeza
kau jauhkan diri dari aku
kau diam membisu
kau bagaikan chipsmore kadang-kadang
bukan sahaja dari aku
malah dari mereka semua
kenapa jadi begitu?
masalah apa yang kau tanggung sebenarnya?
inikah ertinya persahabatan jika tak mampu berkongsi masalah bersama
aku bukan jenis orang begitu
ingin aku tanyakan pada kau
tapi aku takut kau anggap aku busybody
lalu aku biarkan rentak kau yang menyendiri itu
lama sekali
kawan tetap kawan kan?
kita seperti dulu kembali
setelah segalanya reda bagi diri kau mungkin
di mana aku duduk, di situ kau juga ada
di mana aku makan, di situ kau ada
di mana kumpulan aku, di situ juga kumpulan kau
kau dengan kisah kau
aku dengan kisah aku tersendiri
tapi kali ini tak lama mana
bila tiba satu masa kau masuk dalam kehidupan aku di luar sana
aku jadi pelik
bukan aku sahaja malah mereka semua
kau bagaikan tagihkan sesuatu
kau bagaikan didesak untuk bersama aku dan mereka
kau bagaikan ingin memperoleh ruang lama kau yang dulu
disebabkan itu aku jadi rimas
rimas serimasnya kala itu
bukan sahaja aku yang jadi mangsanya malah mereka juga
apa sebenarnya yang kau mahu?
dulu kau tinggalkan kami semua
kau jangankan diri dari kami
lepas tu kau datang kembali seperti biasa
dan kami terima seadanya seperti sebelum ini
tapi kedatangan kau bagaikan mengganggu sesuatu yang pernah kita miliki bersama dulu
inikah persahabatan sebenarnya?
adoyai..
makin lama aku makin cuba memahami kau
mungkin kau ingin kembalikan jalinan yang kau sendiri punahkan
aku terima kau seada yang mungkin walaupun payah untuk mereka
tapi lain pula drama yang kau lakukan
bukan aku berkira
bukan aku berdengki
malah bukan aku berdendam sikit pun
tapi kenapa kau lakukan ini buat aku dan mereka?
apa salah kami sebenarnya?
aku sendiri tak faham tafsiran apakah yang kau gunakan dalam persahabatan sebenarnya
sekali lagi kau buang kami semua
sungguh aku tak sangka
mereka yang kau kutuk-kutuk itu yang kau hampiri
dan meninggalkan kami yang terima segala impak yang kau lakukan dulu
mulut manusia tak pernahnya berhenti bercerita
dan samalah seperti aku yang tak pernah berhenti memikirkan tingkah kau
aku tak pernah jumpa perempuan seperti kau dalam kamus persahabatan aku
dan terima kasihlah atas segala yang kau lakukan ini
kadang-kadang aku ingin ibaratkan kisah ini sebagai kisah chipsmore sahaja
kau datang bersama kami
bila kau ada masalah kau pergi membawa diri
dan kami yang tertanya sendiri salah apa kami sebenarnya
lalu setelah semua selesai
kau datang lagi bersama kami
datang menghampiri kami dengan cara mendesak untuk kami menerima kau
dan bila kau bermasalah kau pergi lagi
sampai bila kau mahu hidup sebegini?
dan kini aku tak mengerti samada kau itu adalah kawan atau lawan bagi aku
\perwatakan kau bagaikan lawan untuk aku
tapi kisah kau patut dijadikan satu titik untuk kau sendiri tafsirkan di mana kau sebenarnya
No comments:
Post a Comment